TINDAKAN spontan seorang kanak-kanak lelaki menghantar satu pesanan ringkas pada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mencuit hati warga maya.
Manakan tidak melalui perkongsian ibunya, Sofinaz Md Sobri pada Rabu, anak lelakinya, Danish memohon untuk membawa telefon pintar ke sekolah.
Sofinaz turut memuat naik satu gambar memaparkan mesej tersebut.