SETIAP ibu bapa mempunyai pendekatan tersendiri dalam mencorakkan masa depan anak-anak.
Namun pandangan seorang individu yang ‘mengharamkan’ anaknya menyertai sebarang pertandingan sukan di sekolah mengundang perdebatan hangat dalam kalangan warga maya.
Menerusi satu perkongsian di Threads, individu berkenaan berkata dia mahu anaknya memberi sepenuh tumpuan kepada akademik dan menganggap penglibatan dalam sukan hanya akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran.






