SETIAP orang antara kita pasti mempunyai nostalgia mengenai sampul duit raya, sama ada sebagai pemberi mahupun penerima.
Kenangan tersebut adakalanya tidak mampu dilupakan sehingga bertahun-tahun lamanya seperti usahawan wanita ini.
Mengimbau peristiwa yang berlaku 10 tahun lalu, Nana Azman berkata, perkara yang tidak boleh dilupakan apabila rakannya tersalah beri sampul duit raya kepada empat orang anaknya pada ketika itu.






