SEORANG wanita meluahkan rasa geram dan terkilan dengan sikap jirannya yang hadir ke majlis kenduri kecil-kecilan di rumahnya.
Berkongsi cerita, apa membuatkan hatinya betul-betul membara adalah sikap jirannya itu yang seperti tiada ‘common sense’ apabila bertandang kerana didakwa menghabiskan hidangan disediakan.
Katanya, majlis itu sebenarnya diadakan khusus untuk menyambut kedatangan keluarga mentua namun dia akhirnya kecewa kerana tidak dapat menjamu mereka gara-gara sikap jirannya itu.






