BUKAN semua gurauan mampu disambut dengan gelak tawa, lebih-lebih lagi apabila ia mencabar kesabaran seseorang.
Begitulah situasi seorang guru lelaki muda ini yang tidak dapat menahan sabar ketika rakan-rakan guru senior bergurau kasar dengan melabelnya sebagai ‘generasi strawberi’.
Tidak memilih untuk berdiam diri, guru berkenaan membalas gurauan tersebut agar tidak terus diperkotak-katikkan hanya kerana dirinya masih junior.






