SELAIN tugas mengajar di dalam kelas, golongan guru sebenarnya terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab lain yang jarang diketahui masyarakat luar.
Ada yang sanggup turun padang menjejak murid ponteng, menghubungi ibu bapa seawal pagi malah pergi sendiri ke rumah pelajar demi memastikan mereka hadir ke sekolah.
Tindakan demi pemerkasaan sasaran ‘tiada murid tercicir’ itu bagaimanapun memberi tekanan berterusan kepada kesihatan mental segelintir guru terlibat sehingga ada yang mengalami keletihan melampau dan burnout.

Ramai guru mengalami keletihan melampau disebabkan perlu mencapai KPI yang ditetapkan sekolah. -Gambar hiasan AI





