TANGGUNGJAWAB sebagai anak sulung sering kali menuntut pengorbanan besar, di mana keperluan keluarga dan adik-beradik diletakkan di tempat teratas biarpun diri sendiri terpaksa menanggung kesempitan.
Namun, pengorbanan seorang wanita ini akhirnya mengundang rasa terkilan apabila kebaikannya seolah-olah tidak dihargai, malah dia dibiarkan terkapai-kapai ketika berdepan kesempitan kewangan.
Lebih menyedihkan, dia yang pernah menghulurkan bantuan menggunakan wang terakhirnya kepada si adik suatu ketika dahulu kini hanya diperlakukan seperti orang asing sewaktu meminta pertolongan.






