SUDAH menjadi tradisi, pelbagai jenis biskut raya akan disediakan sama ada dibuat sendiri atau sekadar dibeli untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.
Namun ada ibu bapa yang menghalang biskut raya tersebut dimakan oleh anak-anak kerana ia dibeli khusus buat tetamu.
Seperti kisah dikongsikan wanita ini, salah seorang rakan sepejabatnya sanggup menyembunyikan biskut raya kerana bimbang dihabiskan anak sendiri.






