SEORANG lelaki meluahkan kebimbangan apabila mendakwa seorang kanak-kanak dibesarkan oleh pasangan sejenis.
Menurutnya, perkara itu dikongsi rakannya yang juga seorang guru di mana dia bertanggungjawab mengurus dan mendidik kanak-kanak tersebut.
Berdasarkan perkongsian rakannya itu, kanak-kanak tersebut dihantar oleh dua lelaki secara konsisten setiap hari, sebelum menimbulkan tanda tanya dalam kalangan tenaga pengajar.
Kanak-kanak mudah berkongsi perkara yang berlaku di rumah masing-masing. -Gambar hiasan AI





