DALAM dunia serba moden hari ini, masih ada segelintir ibu bapa lebih gemar mengatur ‘jodoh’ anak mereka kerana beranggapan ia adalah jalan terbaik untuk masa depan keluarga.
Berkongsi pengalaman, seorang wanita memberitahu dia turut menjadi ‘mangsa’ penjodohan keluarga namun apa membuatkan dia bengang, bapanya mahu dia berkahwin dengan sepupunya sendiri.
Disebabkan perkara itu, keadaan bertukar tegang sehingga berlaku perselisihan faham di antara mereka kerana tidak dapat menerima cadangan tersebut.






