ISTERI mana tak kecil hati apabila suami lebih seronok meluangkan masa dengan kawan, sedangkan dirinya hanya diingati apabila mahu bermesra.
Begitulah dirasai wanita ini selepas mendapati ‘rutin’ harian suaminya yang sanggup melepak bersama rakan-rakan sehingga hampir waktu subuh berbanding bersamanya di rumah.
Lebih menggores hati apabila dia dibiarkan menguruskan hal rumah tangga seorang diri termasuk perihal anak-anak yang masih kecil.






