DALAM dunia pekerjaan, kemahiran dan prestasi bukan satu-satunya ukuran yang menentukan bagaimana seseorang itu akan dikenang oleh majikan serta rakan sekerja.
Hakikatnya, adab, cara berkomunikasi dan bagaimana seseorang membawa diri juga penting, termasuk ketika mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat.
Di Threads, seorang individu berkongsi pengalaman peribadinya ketika mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat kerja lama selepas mendapat peluang bekerja di lokasi yang lebih dekat dengan keluarga.
Bukan mudah untuk seseorang mengambil keputusan berhenti kerja, namun ia dilakukan demi meneroka peluang lain di tempat baharu. -Gambar hiasan AI




