MENJAGA ibu bapa uzur sering dianggap sebagai satu tanggungjawab mulia namun tidak semua pengorbanan itu mendapat penghargaan waima daripada darah daging sendiri.
Berhadapan dengan situasi tersebut, seorang wanita meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila dia bukan sahaja dibuang adik-beradik malah nombor telefonnya turut disekat selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia.
Lebih menambah rasa pilu, usaha mendapatkan pekerjaan selepas sembilan tahun menjaga ibu bapa masih belum membuahkan hasil.






