SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa terhadap pembantu rumahnya selepas mendakwa layanan baik yang diberikan sepanjang hampir 10 bulan bekerja tidak dihargai.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata dia sentiasa cuba memenuhi keperluan serta kehendak pembantu rumah berkenaan.
Malah, majikan itu juga turut membawa pembantu rumah tersebut merasai pengalaman berbuka puasa di hotel tanpa perlu memasak di rumah.
Pembantu rumah perlu tahu tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pekerja. -Gambar hiasan





