PENCERAIAN di antara suami isteri bukan noktah kepada tanggungjawab seorang lelaki terhadap anak-anak.
Namun terlalu banyak kisah mengenai sikap segelintir lelaki yang mengabaikan tanggungjawab malah culas membayar nafkah terhadap anak-anak sehingga bekas isteri terpaksa ‘berperang’ bagi mendapatkan hak mereka.
Seperti kisah dikongsikan wanita ini, dia mendakwa bekas suaminya bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab tetapi meminggirkan anak-anak selepas bercerai dengannya.






