SIKAP suka membantu sememangnya amalan terpuji, lebih-lebih lagi apabila melibatkan ahli keluarga sendiri.
Namun, apabila sikap suka membantu diambil kesempatan sehingga seseorang seolah-olah diperlakukan seperti kuli, ia pastinya menguji kesabaran.
Demikian luahan seorang wanita yang sudah tidak mampu menahan rasa geram terhadap sikap kakak ipar yang didakwa kerap meminta pertolongan suaminya demi kepentingan sendiri.






