SETIAP insan pastinya mengharapkan sokongan daripada keluarga, lebih-lebih lagi ketika berdepan detik sukar dalam hidup.
Namun tidak semua bernasib baik dan terpaksa menelan hakikat apabila orang paling dekat bersikap dingin dan seolah-olah tidak mengambil peduli apa yang sedang dilalui.
Demikian juga dengan wanita ini yang meluahkan rasa terkilan terhadap ahli keluarganya sendiri ketika dia melalui saat getir melahirkan anak.






