HANYA kerana ‘mengidam’ makan ketam, seorang wanita tidak menyangka permintaan kecil itu berakhir dengan pertengkaran sehingga dia dipaksa berhenti kerja.
Lebih memilukan, suaminya enggan menanggung beban hutang yang dimiliki termasuk ansuran bulanan motosikal yang digunakan lelaki itu selepas berhenti kerja.
Meluahkan kesedihan dialami, wanita ini mengaku rasa terkilan apabila diminta berhenti kerja selepas menyuarakan keinginan untuk makan ketam pada hari gaji suaminya.






