SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila usaha kerasnya menurunkan berat badan sejak awal Ramadan bagaikan tidak dihargai oleh teman lelakinya.
Menurutnya, sebelum ini berat badannya mencecah 60 kilogram (kg) dengan ketinggian 153 sentimeter.
Namun selepas memulakan diet pada 1 Ramadan lalu, beratnya kini turun kepada 53 kilogram hasil disiplin pemakanan dan rutin senaman konsisten.






