BELUM pun sempat melangkah masuk ke pejabat untuk hari pertama latihan industri, gadis ini sudah dibebani tekanan kewangan gara-gara sikap penting diri ibu bapanya.
Meluahkan kesedihan dialami, ujarnya, dia dikejutkan dengan tuntutan wang bulanan sebanyak RM500 sebulan daripada orang tuanya sejurus menunjukkan surat tawaran yang diterima.
Situasi itu membuatkan keterujaan untuk menjalani latihan industri seperti rakan pengajian diploma yang lain, seolah-olah terbantut.






