Viral

Beli ubat demam RM13 tapi bayar RM1,300! Doktor klinik bongkar taktik scam sebelum Subuh, cuba ‘cairkan’ hutang BNPL jadi tunai

ZAMAN serba canggih kini menyaksikan masyarakat diberi pelbagai pilihan kaedah pembayaran, sama ada secara tunai mahupun secara ansuran.

Antara yang popular tentulah kemudahan ‘beli dulu, bayar kemudian’ (BNPL) iaitu skim pembiayaan kredit jangka pendek bagi membolehkan anda membeli barangan atau perkhidmatan serta-merta dan melunaskannya secara ansuran.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan individu yang tidak bertanggungjawab bertindak memanipulasi kemudahan berkenaan sebagai salah satu modus operandi penipuan serta manipulasi kewangan demi kepentingan peribadi.

Mod bayaran secara BNPL kian menjadi pilihan ramai. -Gambar hiasan AI

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang doktor perubatan mendedahkan pengalamannya hampir diperdaya oleh seorang pelanggan yang mendakwa tersilap memasukkan bayaran sebanyak RM1,300 menerusi transaksi kemudahan BNPL.

“Ada seorang pelanggan datang ke klinik pukul lima pagi nak beli set ubat demam bernilai RM13.

“Pelanggan itu bayar guna kod QR melalui kemudahan bayaran ansuran BNPL. Nak dijadikan cerita, dia terbayar sampai RM1,300.

“Lepas itu dia minta pihak klinik pulangkan balik duit (refund) atas alasan tersalah tekan. Tapi dia minta pulangkan terus ke akaun bank peribadinya, bermakna dia akan dapat duit tunai,” kongsinya di media sosial.

  • Seorang individu membeli ubat berharga RM13 tetapi membayar RM1,300 menggunakan SpayLater.
  • Selepas transaksi dibuat, dia mendakwa tersalah tekan dan meminta refund RM1,300.
  • Dia tidak mahu bayaran melalui saluran asal, sebaliknya meminta wang dimasukkan ke akaun bank peribadinya.
  • Jika berjaya, dia berpotensi mendapatkan RM1,300 dalam bentuk tunai daripada limit kredit SpayLater.

Menyedari taktik sedemikian berisiko tinggi dan menyerupai kaedah manipulasi tunai, doktor berkenaan bertindak tegas menolak permintaan individu tersebut sebelum menghubungi pihak penyedia perkhidmatan kewangan terbabit untuk tindakan lanjut.

Hasil perbincangan, dia dinasihatkan supaya membuat bayaran balik secara terus ke akaun transaksi asal platform berkenaan bagi jumlah baki RM1,287.

Jelasnya lagi, insiden seumpama itu bukannya pertama kali berlaku, malah dia sudah lali dengan taktik sesetengah pengguna yang sengaja cuba ‘mencairkan’ pinjaman kredit menjadi wang tunai menerusi transaksi perniagaan.

“Dipendekkan cerita, pihak khidmat pelanggan platform berkenaan telefon bank saya untuk minta pemulangan wang (refund). Pihak bank kemudian memberikan pengesahan transaksi dan kebenaran untuk masukkan balik baki RM1,287 itu terus ke akaun BNPL miliknya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh