KEDENGARAN macam tidak masuk akal tetapi beauty privilege itu nyata wujud dalam kehidupan seharian.
Seperti dialami wanita ini, dia mendakwa menerima layanan berbeza berbanding rakannya yang berwajah jelita ketika berkunjung ke sebuah premis perniagaan baru-baru ini.
Dalam hantaran yang membincangkan isu tersebut, dia mendakwa dilayan acuh tidak acuh namun pelayan kafe tiba-tiba bertukar ceria ketika berkomunikasi dengan rakannya.






