Viral

Baru tiga minggu berkenalan, wanita terkedu dengar syarat kahwin teman lelaki… Ajak tiru konsep majlis kawan

BARU empat bulan mengenali hati budi, seorang wanita kini berada dalam kebuntuan selepas jejaka pilihannya itu mengajak untuk mendirikan rumah tangga dengan syarat yang dianggap agak berat.

Mana tidaknya, lelaki tersebut meletakkan syarat agar kos majlis perkahwinan mereka nanti ditanggung secara sama rata atau ’50-50′.

Menurut wanita berkenaan, isu sensitif itu sebenarnya sudah mula dibangkitkan seawal tiga minggu pertama perkenalan mereka, namun ketika itu dia hanya memberikan jawapan tidak pasti sebagai tanda mengelak.

“Saya baru kenal lelaki tu empat bulan. Boleh kata selesa juga la. Kemudian dia beritahu mahu berkahwin tapi nak kongsi 50-50 duit kahwin dengan saya.

“Dia asyik samakan dengan kawan dia kahwin yang kahwin dengan konsep sama. Masa baru tiga minggu berkenalan. Dia sembang nak kongsi duit kahwin dengan saya.

Pengurusan wang penting sekiranya mahu mengumpul duit bagi menampung kos perkahwinan. -Gambar hiasan

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh