MENCARI pasangan hidup bukan perkara boleh berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya memerlukan masa sebelum dipertemukan dengan calon yang tepat.
Menurut seorang wanita berusia 27 tahun ini, dia berdepan tekanan emosi apabila dipaksa berkenalan dengan lelaki pilihan ibunya kerana bimbang dia masih belum mempunyai kekasih.
Enggan mengecewakan ibunya, wanita itu bersetuju bertemu dengan lelaki tersebut dan mengakui langsung tidak tertarik dengannya.






