TEMPOH berpantang selepas bersalin merupakan fasa penting bagi seorang ibu untuk berehat, memulihkan tubuh badan dan menyesuaikan diri dengan rutin baharu bersama bayi.
Dalam tempoh ini, semestinya kehadiran tetamu pada waktu yang kurang sesuai boleh menimbulkan tekanan kepada ibu yang masih dalam proses pemulihan.
Malah ada sebahagian yang memilih untuk mengehadkan tetamu demi mendapatkan rehat secukupnya dan menjaga privasi.






