KETEGANGAN yang memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran terus menjadi perhatian masyarakat global sehingga ada individu yang tidak tenang menantikan perkembangannya.
Di Thread, seorang pemuda Malaysia turut meluahkan rasa bimbang mengenai masa depan kehidupan serta kerjanya gara-gara konflik dunia yang dilihat seolah‑olah tiada penghujungnya.
“Kenapa berlakunya semua bencana apabila tiba giliran kita untuk membesar? Masa tahun 2020, baru tiga minggu masuk universiti, terus lockdown sebab Covid-19.

Ramai bimbang konflik dunia akan memberi impak terhadap ekonomi negara. -Gambar hiasan AI





