KEADAAN kesihatan boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seseorang, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kerjaya dan sumber pendapatan.
Begitulah situasi dilalui seorang individu yang meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa diminta meletakkan jawatan ketika masih dalam tempoh percubaan susulan masalah kesihatan dialaminya.
Menerusi satu perkongsian di laman X, individu tersebut berkata dia baru sahaja menjalani pembedahan akibat slip disc pada bulan lalu dan berita tersebut menambah kesakitan dialami.





