BERKONGSI rezeki dengan ibu bapa selepas menerima gaji pertama sememangnya menjadi hasrat kebanyakan anak sebagai meringankan beban mereka.
Seorang wanita turut berbuat demikian dengan memberikan RM200 kepada ibu dan bapanya sebaik sahaja menerima gaji pertama.
Namun kegembiraan berkongsi rezeki itu tidak berpanjangan apabila bapanya didakwa mula kerap meminta wang sehingga membuatkan dia berasa terbeban.






