MAJLIS pertunangan lazimnya menjadi simbolik permulaan fasa baharu dalam sesebuah hubungan selain meraikan ikatan antara dua keluarga yang bakal disatukan.
Dalam suasana penuh adat dan tradisi itu, biasanya keluarga kedua-dua belah pihak akan berbincang tentang perkara berkaitan perkahwinan yang bakal berlangsung.
Proses ini juga akan ditentukan jumlah mas kahwin, wang hantaran, tarikh dan lokasi majlis yang bakal diadakan.

Restu keluarga penting sebelum sesebuah hubungan melangkah ke fasa yang serius. -Gambar hiasan




