MENJELANG majlis perkahwinan, pelbagai persiapan perlu diatur rapi agar acara meraikan dua hati berjalan lancar.
Namun di sebalik kesibukan itu, tidak semua urusan berlangsung seperti dirancang, lebih-lebih lagi apabila timbul permintaan yang dianggap tidak masuk akal.
Situasi itulah yang dikongsikan seorang lelaki apabila dia berdepan permintaan daripada keluarga bakal menantunya yang disifatkan membebankan.

Pertelingkahan antara dua keluarga boleh memberi kesan kepada pasangan suami isteri di masa depan. -Gambar hiasan AI





