LUMRAH kehidupan berumah tangga, ada masanya diuji dengan perselisihan faham yang menguji kesabaran suami isteri.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan seperti tidak diumpamakan apabila suaminya mempunyai tabiat kerap keluar melepak bersama rakan-rakan pada waktu malam.
Apa membuatkan emosinya terganggu, dia kini sedang hamil dan mereka akan bertengkar setiap kali membangkitkan isu tersebut.






