IMPIAN sepasang kekasih untuk mendirikan rumah tangga berkecai apabila majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.
Semuanya gara-gara wang hantaran yang pada asalnya dipersetujui sebanyak RM15,000 tiba-tiba dinaikkan kepada RM25,000 selepas bakal pengantin perempuan mendapat kenaikan pangkat.
Nasib malang yang menimpa bakal pengantin lelaki itu diceritakan semula oleh sepupunya yang bersimpati dengan ujian berat berkenaan.






