TIDAK semua anak membesar dalam suasana selesa meskipun datang daripada keluarga berkemampuan seeperti dihadapi seorang gadis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Baginya, kehidupan harian dipenuhi cabaran apabila terpaksa belajar dalam persekitaran yang dianggap tidak kondusif, selain berdepan tekanan emosi semakin membebankan.
Menurut anak tunggal perempuan daripada lima beradik itu, dia tidak pernah menikmati kemudahan asas seperti ruang peribadi untuk belajar atau berehat meskipun bapanya memiliki kedudukan kewangan kukuh.






