Viral

“Asas ‘bonding’ pun tak berkat!” – Suami halang isteri sertai ‘team building’ syarikat, geram sewa vila bercampur jantina

AKTIVITI di luar pejabat biasanya dianjurkan oleh pihak syarikat bagi mengeratkan hubungan antara kakitangan dan mewujudkan semangat berpasukan.

Namun, seorang lelaki mempersoalkan konsep bonding yang diamalkan di sesetengah tempat kerja selepas isterinya diajak menyertai aktiviti yang disifatkan bertentang dengan ajaran agama.

Menurut lelaki berkenaan, isterinya sebelum ini pernah diajak menyertai aktiviti water rafting (arung jeram), namun dia tidak membenarkan wanita itu pergi.

Ada pekerja yang suka menjadikan rakan sekerja lain bahan gurauan lucah. -Gambar hiasan AI

Ada pekerja yang suka menjadikan rakan sekerja lain bahan gurauan lucah. -Gambar hiasan AI

“Mereka boleh rasa pelik kenapa isteri aku tak pergi. Siap bising-bising cakap aktiviti selepas itu wajib ikut sebab semua dah setuju dengan tarikhnya.

“Kemudian baru-baru ini, rakan sekerja isteri ajak sewa satu vila, perempuan duduk satu aras dan lelaki satu aras dalam rumah yang sama.

“Sama juga, aku tetap tak izinkan dia pergi. Lepas itu rakan sekerja dia pelik… aku pula yang pelik kenapa mereka nak pelik,” luahnya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh