SETIAP kali peperiksaan besar, ibu bapa yang paling berdebar-debar kerana mereka bukan sahaja mengharapkan kejayaan, malah turut merasai tekanan dan kegelisahan dilalui oleh anak-anak.
Lebih-lebih lagi selepas keputusan diumumkan, media sosial dipenuhi dengan perkongsian kejayaan cemerlang, tanpa sedar ia boleh memberi tekanan emosi kepada segelintir ibu bapa.
Itulah yang diluahkan oleh seorang ibu apabila mengakui dirinya tertekan setiap kali membuka laman sosial kerana rata-ratanya memuat naik keputusan 9A bagi Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) anak masing-masing sejak ia diumumkan pada Rabu lalu.

Ibu dan bapa sewajarnya memberi sokongan agar anak berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh. -Gambar hiasan AI





