MEMBESARKAN anak pada zaman sekarang bukanlah satu tugas mudah, apatah lagi apabila ibu bapa berdepan pelbagai cabaran seiring perubahan persekitaran dan pengaruh dunia luar.
Ditambah pula dengan kemajuan teknologi serta akses kepada media sosial dan telefon pintar, ibu bapa perlu lebih peka terhadap pergaulan anak-anak agar mereka tidak terdedah kepada perkara yang belum sesuai dengan usia.
Namun ada kalanya perkara kecil yang dianggap biasa dalam fasa membesar boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.






