INDIVIDU yang bergelar anak bongsu sering dianggap sebagai insan paling dimanjakan dalam keluarga.
Namun di sebalik tanggapan itu, ada juga memikul beban besar sejak usia muda sehingga terpaksa mengetepikan impian sendiri demi menjaga kedua-dua ibu bapa yang semakin uzur.
Demikian luahan seorang individu yang mengakui semakin penat memendam perasaan selepas bertahun-tahun berdepan pelbagai ujian melibatkan kesihatan ibu bapanya.

Tugas menjaga ibu bapa seharusnya dipikul bersama adik-beradik. -Gambar hiasan AI



