MELIHAT pakaian anak pulang dari sekolah dalam keadaan kotor apatah lagi dicemari lumpur, sememangnya boleh mengundang rasa kurang senang dalam diri seorang ibu.
Namun tidak semestinya insiden sedemikian berakhir dengan kemarahan, malah ada yang meninggalkan pengajaran cukup besar kepada orang dewasa.
Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini apabila anaknya memaklumkan uniform sekolahnya terpalit lumpur gara-gara dibaling oleh pelajar lain.

Gurauan sesama rakan ada kalanya bersifat keterlaluan sehingga melibatkan campur tangan ibu bapa atau guru. -Gambar hiasan AI



