SETIAP pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga pastinya mengharapkan restu serta penerimaan baik daripada kedua-dua belah keluarga.
Namun bagi seorang gadis, keterujaan untuk melangkah ke fasa pertunangan bertukar menjadi kebimbangan selepas dia terbaca satu status yang dimuat naik oleh ibu teman lelakinya di WhatsApp.
Menurut gadis itu, dia dan teman lelakinya merancang untuk bertunang pada tahun hadapan, namun satu hantaran yang dibaca baru-baru ini membuatkan dia berada dalam dilema.






