PEMBERIAN wang hantaran bukan perkara wajib dalam hukum Islam, sebaliknya ia merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu yang dianggap sebagai hadiah dan tanda penghargaan pihak lelaki kepada bakal pengantin perempuan.
Ia juga sering dianggap simbol kesungguhan dan kemampuan seseorang lelaki dalam memikul tanggungjawab sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Dalam satu perkongsian di Threads, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila teman lelakinya meminta agar mereka berkongsi beban mengumpul wang hantaran, sekali gus menimbulkan dilema dalam diri.

Pemberian wang hantaran sudah menjadi seperti amalan tradisi dalam perkahwinan Melayu. -Gambar hiasan AI



