BAGI kebanyakan pekerja, menerima surat amaran daripada majikan pastinya menjadi antara detik sukar diterima, lebih-lebih lagi apabila merasakan diri sudah memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tugas yang diamanahkan.
Begitulah luahan kecewa seorang individu selepas dipanggil oleh pengurus serta menerima surat amaran pertama atas alasan prestasi kerja yang didakwa tidak memuaskan.
“Hari ni aku kena panggil dengan manager dan dapat surat amaran pertama sebab unsatisfactory, with tasks taking longer than expected,” tulisnya menerusi satu perkongsian di Threads.

Tekanan ketika di tempat kerja boleh mempengaruhi prestasi seseorang. -Gambar hiasan AI





