SUAMI sememangnya bertanggungjawab untuk mencukupkan keperluan isteri dan anak-anak, namun peranan itu bukan sekadar menyediakan nafkah asas semata-mata.
Bagi seorang wanita, sikap terlalu berkira yang ditunjukkan suaminya membuatkan dia mengambil keputusan untuk berhenti berharap terlalu tinggi terhadap pasangannya.
Menceritakan apa yang berlaku, wanita itu berkata suaminya baru sahaja menerima gaji, namun cuba mengelak daripada membayar barangan penjagaan diri yang ingin dibelinya ketika mereka keluar membeli-belah.

Ada wanita terpaksa berusaha sendiri tanpa mengharapkan nafkah daripada suami. -Gambar hiasan AI





