AKTIVIS kebajikan Sabah, Adrian Edy tidak berkecil hati apabila dituduh meniru idea Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas melakukan larian amal bagi mengutip dana.
Menurut Edy, 30, dia terinspirasi dengan Ahli Parlimen Muar itu dan menganggap larian berkenaan sebagai bukti kesungguhannya mengutip dana bagi membantu insan memerlukan.
“Memang ada orang cakap saya tiru Syed Saddiq. Tapi bagi saya, program ‘Edy Run For Hope’ ini satu cara untuk bantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

Edy bergambar bersama Alfelius (dua dari kiri) dan ahli keluarganya.





