HUBUNGAN rapat di tempat kerja tidak semestinya berkekalan apabila ada individu yang sanggup berubah sikap semata-mata tidak senang melihat rakan sendiri menerima lebih perhatian, pujian mahupun kejayaan.
Demikian luahan seorang individu yang mendakwa sangat kecewa apabila rakan sekerja yang disangka ikhlas berkawan rupa-rupanya menyimpan rasa iri hati terhadapnya.
Menerusi satu hantaran di media sosial, dia mendakwa mereka pada mulanya tersangat rapat sehingga dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap keikhlasan rakan sekerjanya itu.






