BUKAN mudah mencari rezeki, terutamanya buat mereka yang bergantung sepenuhnya kepada hasil perkhidmatan dan bayaran pelanggan.
Mendepani cabaran itu, seorang mekanik meluahkan rasa kecewa selepas terpaksa berdepan dengan helah pelanggan wanita yang cuba menawar harga servis kereta di luar batas kebiasaan.
Menurutnya, pelanggan berkenaan berulang kali cuba berunding kos perkhidmatan menukar timing belt sehingga membuatkan dia berasa rimas dan terganggu.

Mekanik bergantung sepenuhnya pendapatan daripada pelanggan. -Gambar hiasan AI
“Apa punya manusia la perangai macam ni. Kau ibu tunggal ke… itu kau punya pasal, bukan masalah aku.





