SIKAP suka berhutang demi gaya hidup mewah sering mengundang pelbagai masalah, lebih-lebih lagi membabitkan penggunaan nama ahli keluarga sendiri untuk mendapatkan pinjaman.
Seorang individu meluahkan rasa kecewa mengenangkan perangai adik lelakinya yang didakwa cuba membeli kereta terpakai menggunakan namanya, meskipun rekod kewangannya sudah bermasalah.
Menurutnya, adiknya sebelum ini pernah membeli sebuah kereta baharu namun terbabit dalam kemalangan ketika memandu tanpa lesen dan perlindungan insurans.






