DALAM dunia pekerjaan, hubungan profesional antara rakan sekerja sering kali menuntut komunikasi yang kerap.
Namun batas pergaulan perlu dijaga, lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu yang sudah berumah tangga.
Di laman Threads, seorang wanita meluahkan rasa buntu apabila terbaca perbualan antara suaminya dengan rakan sekerja wanita yang masih bujang yang disifatkan terlalu peribadi.






