ISU kebajikan pekerja dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak terus menjadi bualan selepas seorang pengguna media sosial mendedahkan realiti pahit yang dihadapi guru tadika dan pengasuh pusat jagaan.
Pengguna itu juga mendakwa pemilik premis itu mengaut keuntungan berlipat ganda dengan mengenakan yuran tadika dan pusat asuhan yang tinggi kepada ibu bapa.
“Yuran tadika dan yuran daycare punyalah mahal tapi kenapalah gaji pekerja dia tersangat murah (underpaid),” luahnya ringkas, di Thread.






