TUGASAN sebagai pekerja penghantar makanan atau rider semestinya menuntut tanggungjawab besar untuk memastikan pesanan sampai terus ke pintu rumah pelanggan dengan selamat.
Menurut seorang rider, dia secara jujur mengakui sebelum ini kerap mengelat dan culas dalam menyempurnakan amanah tersebut.
Namun katanya, tabiat buruk itu berubah sepenuhnya selepas dia berdepan dengan satu peristiwa menyentuh hati dan benar-benar membuka matanya.

Rider seharusnya amanah dalam melaksanakan tugasan. -Gambar hiasan AI





