SETIAP anak pasti menyimpan impian untuk berbakti dan membalas jasa ibu bapa sebaik sahaja mereka sudah mampu berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.
Begitulah kisah menyayat hati seorang gadis yang baru sahaja menerima gaji pertama berjumlah RM800, apabila dia tidak menyangka sebahagian daripada wang tersebut perlu digunakan untuk membantu bapanya yang ditimpa musibah.
Individu berkenaan mendedahkan, dia menerima panggilan daripada bapanya yang mahu meminjam separuh daripada jumlah gajinya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan amat memerlukan wang bagi mendapatkan rawatan.

Anak-anak perlu mendapatkan kepastian apabila melibatkan duit agar ibu bapa kita tidak terlibat dengan scammer. -Gambar hiasan AI





